Monday, March 11, 2013

kelu

nama aku sofea. orang panggil aku S. aku suka baca buku. fiksyen, non-fiksyen, philosophy, classic, chick flick, dan sebagainya. aku banyak spend masa dekat kedai buku. kedai buku favourite aku? mestilah kinokuniya. aku rasa macam berada di syurga setiap kali duduk dalam tu. macam budak gemuk nak masuk kedai gula-gula. bila nak melangkah kaki tu, berdebar-debar. macam nak jumpa boyfriend pulak. setiap kali aku nampak buku-buku tu, aku rasa macam nama aku diseru-seru, dengan nada yang sangat flirtatous sekali. lagi-lagi bila aku nampak buku-buku yang aku dah baca. dengan senyuman puas, dengan jelingan manja, (like, i'm done with you). 


hari ini hari sabtu. minggu kedua bulan ogos. bangun pagi dengan senyuman lebar, sebab tak sabar nak pergi dating. sebab tak sabar nak tahu buku apa yang berjaya mengorat aku hari ni. mandi, siap-siap. terus gerak ke ktm. oh aku memang suka pergi sorang-sorang. tak suka orang ganggu aku nak dating. tak fokus nanti.


sampai je kat tempat favourite aku tu, terus jalan dengan langkah riang ria, jeling kiri, jeling kanan. nasib hari ni tak ramai sangat orang. mungkin awal lagi kot? aku je yang excited pepagi buta ni. haha.  sampai ke rak fiksyen. lama nya tak baca genre ni. belek-belek dua, tiga buah. terus capai. oh ye. aku memang ada favorite spot kat kedai ni. antara rak buku classic dengan crime. sebab tempat tu aku rasa sangat strategik dan tak ramai sangat orang selalu pergi. (mungkin orang dah tak into classic anymore?) dapat buku, terus pergi ke tempat aku.dan terus dibawa ke dunia fiksyen, dunia fantasi.

tiba-tiba rasa ada benda keras hempuk kepala aku. adoi. ni lahanat mana pulak kacau aku ni. sakit lah weh.


-eh, awak, sori,sori,sori,sori.... saya tak sengaja. tadi nak amek buku tu tapi terjatuh pulak.


aku tengok dia sambil usap-usap kepala, tengok setajam yang mungkin. biar menusuk sampai ke otak dia. tak sengaja ye? ni benjol ni macam mana ni?

-awak okay ke ni?

okay?? urgh. malas aku nak layan. terus aku bangun. pergi kaunter, bayar, dan terus keluar. spoil mood aku betul tau. adoi. buku apa yang dia nak amek sampai sakit betul kena kepala aku ni. kamus dewan ke apa?

eh, tapi apa yang jadi dekat Hazel dengan Augustus tadi eh? disebabkan curious sangat, aku cari kerusi yang terdekat dan terus sambung baca. baru sampai few pages, tiba-tiba ada orang approached.

-excuse me, miss.
berdiri depan aku, menghadap aku. tapi aku khusyuk sangat nak tahu apa jadi kat hazel dengan augustus dekat amsterdam. so aku ignore je lah.

-hello, i'm talking to you.
lah. mamat ni. apa lagi dia nak ni.

-hai, awak. okay ke kepala awak tu? saya betul-betul tak sengaja tadi.
dah kenapa tiba-tiba beria sangat nak tahu ni. aku tak cakap pape kan, let it go je lah. once again, sepatah haram pun aku tak cakap. dah kenapa susah sangat kau nak cakap ni S oi?

-awak? dengar tak saya cakap ni? awak tak faham eh? speak english? habla espanol? parla frances?
amboi. dah macam-macam bahasa keluar ni.

-marah saya ke? saya betul-betul tak sengaja tau? awak pun dah kenapa duduk kat situ?
eh, nak pertikaikan apa aku buat pulak?

tiba-tiba ada sorang perempuan datang. dengan dress pendek, ketat. rambut hitam dengan perang-perang sikit, mekap tebal. ala-ala opera cina dah aku tengok. tangan penuh beg kertas.

-Hafiy, hey! apa you buat kat sini? cakap nak pergi tengok buku dekat kino?ni perempuan mana pulak ni?
-hai Sarah, you pun datang sini harini? i dari sana la ni.


ni dah drama apa pulak korang buat depan aku ni. boleh tak bawak ke tempat lain? kusut la weh.


-ni siapa ni? you dating eh?
-eh, tak,tak. i tak kenal pun dia.
-kalau tak kenal, you buat apa tadi?

ya Allah. boleh tak jangan nak cakap jerit-jerit. mamat tu depan mata kau je kot.

-hey, perempuan, ni boyfriend i okay? jangan nak menggatal boleh tak?

ada ke ingat aku nak kat boyfriend dia tu? habis ian aku nak letak mana? duh.


-eh sarah, ape ni. dia xsalah la.

-you back up dia pulak? k. fine.

ye, blah la. kusut aku tengok kau ni.

-sarah, tunggu la!


ha, kejar,kejar. macam la boleh lari jauh gf kau tu. pakai heels dua inci, kalau jatuh tu memang aku gelakkan aje. kahkah.


finally. tenang jugak.

tapi, kenapa kau tak cakap pape pun eh S? kenapa kau diam je bila mamat tu tanya kau? salah ke dia nak amek tahu dah memang dia buat kau sakit tadi?

tapi, kelakar jugak tengok muka mamat tu bila aku tak respon pape. haha. sampai terkeluar macam-macam bahasa. tudung bawal ni tak cukup lagi ke nak tunjukkan yang aku boleh cakap melayu? sengal tahap apa dah mamat tu.

2 comments:

Aween Md Zahir said...

boleh buat sambungan cepat tak ? tak sabar dah aku ni =p
nice one beb ;)

ainur said...

it's in the making! hehe. thanks for reading though. :)