minggu pertama bulan september. seperti biasa, janji temu dengan bakal scandal. selepas beberapa minggu yang agak padat dan serabut, aku perlukan terapi cerita. terapi cerita-cerita yang boleh buat aku seperti sedang menaiki roller coaster. roller coaster emosi. sekejap sedih, sekejap ketawa, sekejap marah. memang buku je boleh buat aku rasa macam ni. (unless aku ada boyfriend, ye, itu mungkin dapat dibuktikan suatu hari nanti)
***************************************************
“My Dearest Allie. I couldn't sleep last night because I know that it's over between us. I'm not bitter anymore, because I know that what we had was real. And if in some distant place in the future we see each other in our new lives, I'll smile at you with joy and remember how we spent the summer beneath the trees, learning from each other and growing in love. The best love is the kind that awakens the soul and makes us reach for more, that plants a fire in our hearts and brings peace to our minds, and that's what you've given me. That's what I hope to give to you forever. I love you. I'll be seeing you. Noah”
please don't cry, please don't cry."eh, awak. awak okay ke? kenapa ni?"
urgh. spoil. spoil. sape pulak ni.
"hey, kenapa nangis ni?"
gosok-gosok mata, dongak kepala.
ya allah. dia ni lagi. aku rase aku takde la buat bunyi ke apa. macam mana pulak dia boleh datang sini pulak ni.
"saya lalu sini tadi, ternampak pulak awak kat sini. baru perasan awak nangis"
what are you? a mind reader or something?
"boleh saya duduk?"
not waiting for my respond, terus dia duduk, menghadap aku, dengan kaki melunjur.
hari ni dia pakai tshirt hard rock warna biru gelap, dengan jeans lusuh, dengan sneakers converse.
(sejak bila aku kisah dia pakai apa pulak ni)
"buku tu buat awak nangis ye? awak baca buku apa tu?"
aku tengok je dia. tanpa sepatah kata.
"saya datang nak beli stationery tadi. ingat nak cari buku jugak. tapi saya tak tahu buku apa yang best sekarang. boleh recommend?"
eh dia ni. kat depan tu kan ada best seller books. tengok la kat situ.
dia tengok aku, aku tengok buku. malas nak layan.
"awak memang taknak cakap dengan saya ye?"
aah.
"ok. kalau awak tak nak cakap takpelah."
good. now leave me alone.
"awak dengar je eh."
*facepalm*
ignoring him, aku teruskan baca. tapi macam mana aku nak fokus kalau aku tahu dia tengah tengok aku ni? ish. dah ni kenapa berdebar tiba-tiba pulak ni. adoi.
"awak, sorry haritu buat drama pulak depan awak. gf saya tu. dia tu kuat cemburu betul. padahal dia tahu saya setia. saya tak tahu la. hensem sangat ke saya ni sampai takut sangat saya lari?"
eh, perasan.
"saya nak cakap saya ni tangkap cintan dengan dia, takde la pun. tapi, sebab saya dengan dia dah lama kan, 8 bulan, saya sayang la nak lepaskan camtu je."
aik? dah 8 bulan belum cinta lagi?
"mungkin hati saya ni lambat sikit kot nak sampai phase tu."
dah tu, kapel buat apa?
"mungkin saya patut bagi diri saya masa,kan? untuk betul-betul sayang kat dia?"
aku seriously tak tahu nak respon apa. masalah cinta-cinta ni, bukan my expertise. nak je aku tunjuk section relationship dekat dia. takkan dia takde kawan yang boleh tolong.
"ok lah awak, saya nak gerak dulu. nanti kita jumpa lagi ye. thanks for listening. take care."
and just like that, dia bangun, dan pergi.
nanti kita jumpa lagi?
kenapa ayat dia tu buat aku rasa semacam? perasaan yang aku tak pernah rasa sebelum ni.
dan kenapa hati aku dari tadi berdebar-debar semacam? aku rasa aku selalu macam ni bila aku nervous nak present dekat kelas. aku tengah nervous ke? kenapa pulak aku nak nervous dengan mamat tu?
No comments:
Post a Comment